Friday, July 17, 2009

Surau Al Falah Taman Puncak Jalil 4

Surau Al falah Taman puncak Jalil merupakan salah sebuah surau yang ada di Taman Puncak Jalil Fasa 4, surau ini merupakan sebuah surau yang terletak di kawasan paling strategi dan lokasinya sangat sesuai. Surau Al Falah PUJ 4 ini adalah tempat untuk kariah TPJ 4,5 & 6 berkumpul beramah mesra dan bermasyarakat. Apa yang menarik adalah gelagat abang-abang pencen dan veteran meluangkan masa bermasyarakat setelah penat menjaga cucu di rumah terutama pada waktu maghrib sehingga ke isyak. Seronok bersembang dengan mereka untuk mendapatkan pengalaman dan banyak pengetahuan yang mereka akan kongsikan. Selain daripada itu kariah Surau Al Falah juga merencanakan program pembangunan ekonomi surau dan kariah dengan membuat perniagaan khemah. oleh itu, boleh dikatakan inilah contoh masyarakat moden yang bersembang bukan sekadar kosong tetapi menjana ekonomi diri dan surau. Hidup Surau Al Falah.


2 comments:

  1. Salam fikk...mcm meriah aktiviti surau tu?mcm tu lah nak cara nak meramaikan supaya lagi ramai org dtg ke surau

    ReplyDelete
  2. tul tu ika, insyaallah pas ni pun byk lagi aktiviti akan diaturkan. cuma yang penting bermuafakat.

    ReplyDelete