Monday, July 27, 2009

Eco Bag "Beg-beg bagi menjaga alam sekitar"

Assalamualaikum w.b.t, hari ini saya memperkenalkan satu produk terbaru yang dipanggil Eco Bag / Beg Eco untuk menyahut seruan menjaga kehijauan dan bumi "Go Green". Oleh itu saya terpanggil untuk memperkenalkan beberapa produk untuk mengantikan beg-beg yang ada yang asasnya adalah plastik yang sememangnya tidak luput dan merosakkan alam sekitar. oleh yang demikian saya lampirkan bersama di sini untuk tatapan para blogger dan seperti biasa sesiapa berminat boleh menghubungi saya ditalian fikri 016-2635800 atau emelkan kepada saya fikry.aziz@gmail.com.

Spesifikasi Eco Bag ini adalah : Size kebanyakannya : 37cm(L) x 11cm (W) x 39(H)
Material : Non Woven 100 grm
Max Capacity : 8 kg
Colour : Blue, Red, Green & Orange
Logo : Customize
Min Quantity : 50 bags
For Logo Print : 100 bags

Baik untuk dijadikan bekas kuih raya kepada pelanggan.







Wednesday, July 22, 2009

Derma Tabung Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil

Akhirnya tertubuh juga jawatankuasa pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil. Dengan ini sahabat saya En Zairul merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pembinaan masjid tersebut yang terletak di persimpangan Jalan Puncak Jalil 2 dengan Persiaran Puncak Jalil. Alhamdulillah saya berjumpa dengan sahabat saya En Zairul dan saya bersetuju untuk bersama-sama mengutip dana masjid ini. Oleh yang demikian, di sini saya attachkan resit untuk dana tabung pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil. Jika sesiapa berminat untuk menderma ke dana ini bolehlah terus depositkan ke akaun Maybank : 562852001429 atau menghubungi saya Fikri ditalian 016-263 5800 atau En Zairul 016-206 1616.

Monday, July 20, 2009

Program Kelas Agama Surau Al Falah Tmn Puncak Jalil "18/07/2009"

Alhamdulillah pada 12/07/2009 Program Kelas Agama Surau Al Falah Tmn Puncak Jalil 4, telah diadakan dan disampaikan oleh Ust Yunos Kamaruddin dengan tajuk ceramahnya iaitu "Apa itu makna suami dan Apa itu makna Isteri". Sambutan yang diberikan turut memberansangkan. Apa yang boleh dirumuskan secara ringkas mengenai tajuk yang dikupaskan adalah tanggungjawab suami dan isteri sama-sama penting dan toleransi adalah perkara utama selain perkara-perkara wajib yang perlu ditunaikan sebagai seorang suami dan isteri. insyallah selepas ini banyak lagi program agama akan menyusul dan semoga setiap apa yang disampaikan oleh penceramah sedikit sebanyak mendekatkan diri para kariah Surau Al Falah Taman Puncak Jalil 4 dengan Allah S.W.T.















Friday, July 17, 2009

Surau Al Falah Taman Puncak Jalil 4

Surau Al falah Taman puncak Jalil merupakan salah sebuah surau yang ada di Taman Puncak Jalil Fasa 4, surau ini merupakan sebuah surau yang terletak di kawasan paling strategi dan lokasinya sangat sesuai. Surau Al Falah PUJ 4 ini adalah tempat untuk kariah TPJ 4,5 & 6 berkumpul beramah mesra dan bermasyarakat. Apa yang menarik adalah gelagat abang-abang pencen dan veteran meluangkan masa bermasyarakat setelah penat menjaga cucu di rumah terutama pada waktu maghrib sehingga ke isyak. Seronok bersembang dengan mereka untuk mendapatkan pengalaman dan banyak pengetahuan yang mereka akan kongsikan. Selain daripada itu kariah Surau Al Falah juga merencanakan program pembangunan ekonomi surau dan kariah dengan membuat perniagaan khemah. oleh itu, boleh dikatakan inilah contoh masyarakat moden yang bersembang bukan sekadar kosong tetapi menjana ekonomi diri dan surau. Hidup Surau Al Falah.


Premium items and souvenir

Antara barang-barang premium dan cenderamata dan saya pasarkan kepada pelanggan. banyak lagi koleksi barang-barang cenderamata dan premium dengan pelbagai bentuk. dan ini hanya sebahagian daripadanya. jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau untuk melihat katalog bolehlah menghubungi saya ditalian 016-2635800 atau e-mailkan kepada fikry.aziz@gmail.com









Thursday, July 16, 2009

Apa Cerita Hari Ini Fikri Aziz? (16/07/09)

Assalamualaikum, hari ini sikbuk kehidupan aku dari pagi sampai ke malam. ini lah time rest aku iaitu time update blog. so pagi tadi aku bergegas ke Kem. Kewangan. Malaysia untuk harga sebutharga sticker untuk kenderaan diorg. Alhamdulillah, aku dapat gak hantar sebutharga tu. apa yang aku harapkan aku dapat buat job tu dan buat sebaiknya. pastu aku ke greenpacket di PJ sebab ntah kenapa plak modem p1w1max aku leh rosak padahal baru dua hari reg. x pe lah bersangka baik jer. tapi yang paling best aku jadi photographer kat ioi mall puchong sebab nak dapatkan gambar penghadang tempat letak kereta untuk MOF atau nama nya bollard, pole lot atau mcm2 lagi. yang penting aku dah dpt gambar dier dengan sebutharga sekali dan dah hantar pun. ari ni aku belajar sesuatu iaitu erti kemasyarakatan. aku sangat menitik beratkan soal kemasyarakatan antara umat islam. so malam ni aku buat kenduri tahlil untuk opah dan atok aku. alhamdulillah semua berjalan lancar dan aku dapat bagi kawan-kawan jemaah surau aku makan. seronok sgt. Tujuan kita bermasyarakat adalah untuk melatih diri kita menjadi lebih dewasa dan lebih matang, terutama apabila bergaul dengan orang yg usianya jauh lebih berusia dengan kita. pendapat dan pandangan diorg jauh lebih berpengalaman dari kita. selain daripada itu macam aku ni x ramai adik beradik aku anak lelaki seorang pastu ade seorg kakak, masyarakat dan jiran2 ni lah tempat aku untuk meminta tolong jika pada satu hari nanti ditakdirkan ade perkara kematian berlaku atau ape sahaja. masyarakatlah tempat kita rujuk. anyway yang penting ari ni aku berniaga penghadang tempat letak kereta, so sesiapa yang berminat nak beli atau nak pasang kat ofis atau mana2 bolehlah hubungi aku kat seperti biasa hubungi saya fikri ditalian 016-263 5800 atau e-melkan ke fikry.aziz@gmail.com. saya sertakan gambarnya sekali.




Wednesday, July 15, 2009

Gambar-Gambar Kambing Di Kandang Merlimau Melaka

lanjutan daripada cerita kambing oh kambing, ini ada beberapa gambar kambing dari kandang kambing di merlimau. macam-macam kambing ade boer, farel, kambing kampung, bebiri, saneen, kalahari, jamnapari dan lain-lain lagi. insyallah sape2 yang berhajat nak beli kambing nak bela ke ape ke, call jer lah saya Fikri 016- 263 5800.






Baju Oh Baju (Nak tempah call lah ye)

Dah lama rasanyer x post ape2 cita kat blog saya ni. anyway kdg2 tu nak post tapi kepala x de idea nak share ape. cuma apa yang boleh saya cerita ari ni saya rasa saya kena byk advertise produk2 yang saya jual di internet untuk tatapan kawan-kawan. bukannyer ape at least sambil blog sambil menjana pendapatan. untuk perniagaan kambing masih lagi dibuat dan ade jugak lah tempahan-tempahan. alhamdulillah. selain daripada itu saya juga menyediakan perkhidmatan jahitan seperti menjahit baju kurung, baju melayu, blazer, vest, uniform korporat, t-shirt, seluar dan macam-macam lagi. untuk tatapan anda semua saya ada sediakan beberapa gambar baju yang saya buat dan bekalkan. untuk tempahan jangan lupa hubungi saya Fikri ditalian 016- 263 5800.