Monday, April 20, 2009

Agensi Kutipan Hutang

Fikri Aziz membantu mengutip hutang

Masalah hutang telah membelenggu masyarakat sejak sekian lama lagi. Di Malaysia masalah ini menjadi beban yang mana memberi implikasi hebat kepada ekonomi negara. Hutang jika tidak dibendung bukan sahaja boleh memberi impak negatif kepada diri malah boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah negara.

Oleh yang demikian, Radzi Consulting telah membina satu model perniagaan khusus membangunkan usahawan bumiputra bagi mengutip hutang tertunggak melalui konsep holistik dan ketimuran. Apa yang diperkenalkan oleh Radzi Consulting yang juga mentor, adalah untuk menjayakan hasrat kerajaan membasmi hutang tertunggak.

Dengan bantuan, tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan oleh En Mohd Radzi Bin Basiron selaku pengasas dan pemilik Radzi Consulting, Xtreme Solutions bersama-sama dengan beliau membantu mengutip hutang tertunggak secara holistik dan ketimuran.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia misalnya pada tahun 2006 terdapat sebanyak 13,590 kes bankrap dicatat. Di mana terdapat empat sebab utama berlakunya kebankrapan iaitu kegagalan membayar pinjaman sewa beli kenderaan (23 peratus), kegagalan membayar pinjaman pendidikan (16 peratus), tunggakan hutang bank (15 peratus) dan hutang kad kredit (11 peratus).

Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menegaskan:

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya.”

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 283:

Maksudnya: “Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.

No comments:

Post a Comment