Tuesday, April 28, 2009

Kambing Oh Kambing (ade sape2 nak beli kambing)

Cerita pasal menternak kambing ni aku x lah tahu sgt. Tapi yang pasti masa aku kecil dulu ayah aku ade lah membela kambing2 kampung. tapi tu pun sekejap jer sbb x de sape nak handle. bile bercerita pasal kambing teringat aku waktu mendukung kambing kehulu kehilir. ayah aku ade membina satu kandang kecil untuk kambing2 tu beristirahat sementara diorg nak gi mkn kan kawasan rumput berdekatan.
Kembali kepada zaman sekarang, rupa-rupanya menternak kambing ni byk untungnya. cuma kena pandai cara-cara nak menjual/ memasarkan kambing tersebut. Untuk lebih lanjut dalam membina kandang kambing ini aku telah pergi kesebuah kandang kambing di Kg Kersang Laut, Merlimau, Melaka. Kandang ini kepunyaan En Shamsul merupakan pengarah syarikat Azam Best Farm Sdn Bhd.
Jika ingin menjadi seorang penternak kambing, kita perlu beri komitmen sepenuhnya dan belajar cara mengendalikan makhluk Allah nie. kena tahu time bile dier sakit, nak makan, mengawan dan sebagainya. almaklumlah bela kambing adalah menjaga tradisi nabi. Nabi Muhammad S.A.W. dulu pun pengembala kambing. besar fadilat nya. so bile dah jadi penternak kambing kita kena jaga baik2 jgn sampai dier mati. kecuali kalo kambing tu mati akibat diaqiqah, disembelih utk dijual atau pun terkorban sewaktu hari raya korban.
Tapi terdetik dalam fikiran aku, kerana sesuai ke aku untuk bela kambing nie?... tapi setelah aku selidik mungkin bukan waktunya untuk aku membela kambing disebabkan untuk membela kambing aku perlukan tanah yg luas, modal untuk membina kandang dan lain-lain.
Aku rasa aku tolong pasarkan kambing untuk Azam Best Farm je lah. so dengan bantuan En Shamsul aku buat secara sambilan untuk memasarkan kambing-kambing Azam Best Farm di Seluruh Malaysia. Antara kambing-kambing yang ada adalah kambing Boer, Kalahari, Kambing Kampung dan byk lagi. aku sendiri pun terus terang x tahu sgt pasal Gen kambing2 yg ade.
So sape-sape yang berminat untuk membeli kambing bolehlah menghubungi aku di talian 016- 263 5800 atau email saja kt aku fikry.aziz@gmail.com. panggilan adalah dialu- alukan.hehehe...
so nnti aku sambung lagi citer pasal kambing dan aku akan letakkan gambar2 kambing kat blog aku ni.

Wslm.

No comments:

Post a Comment